19.7.10

Aaaaargggghhhhh. AaAaa...Aaaaaarghhhh jerit si JPJ.


Masa aku ambik ujian lesen kereta dulu, aku berjaya dengan cemerlang. Kereta mati tengah jalan? Langgar tiang masa nak parallel parking? Langgar double line? Semua aku gagalkan dengan 'berjaya'nya. HAHA! (gelak muka bersalah sambil cekak pinggang). Aku rasa pegawai JPJ tu dah menjerit macam nampak hantu masa tengok aku bawak kereta kancil timing minyak rendah itu.

Tapi itu dulu! (jerit sambil selak rambut). sekarang dah hampir 7 tahun aku bawak kereta, semuanya alhamdulillah selamat. Hmm..bila dah lama bawak kereta, aku perasan ada banyak cara aku pegang stereng bulat depan mata aku ni. Antaranya:

1. The sitting next to JPJ grip.
Juga dikenali sebagai '10am-2pm' grip (tangan diletak mengikut kedudukan waktu jam tersebut). Mengikut buku, inilah cara memegang stereng yang paling selamat dan meyakinkan diri dan pegawai JPJ yang duduk di sebelah. Jangan lupa angkat tangan di luar tingkap apabila sudah sampai ke destinasi yang diarahkan.

2. The Gangsta grip.
Kalau ada awek duduk sebelah, kena la macho sikit beb. Kalau tiada awek, buka tingkap dan pasangkan cd lagu pada tahap bunyi yang maksimum. Meletup. Gangsta wannabe.

3. The 5pm-8pm everyday got stuck in the traffic jam grip.
Tak perlu dihuraikan betapa ramai yang benci trafik jam. Haaaari hari trafik jam. Semua kereta dah la slowwww bla..blaa..blaaa.. eh silap entri nak emo. Ok teruskan baca.

4. The pinch
Ye la kadang kadang dah bosan sangat nak pegang stereng ni, macam macam gaya la timbul. Tapi hati hati, jangan sampai anda dapat..

5. The after kissing the car in front because you didn't grip the stereng like the JPJ asked you to grip.
Dah eksiden nak grip apa lagi. Grip wallet je la.

***
Oh ye, aku ambik ujian JPJ 2 kali baru lepas. Eh sshhhh jangan bagitau orang. 
Jatuh saham.

47 ulasan:

  1. I took my test twice, failed the parking test. nervous tu!

    BalasPadam
  2. memang sangat nervous. parking test sangat susah...

    BalasPadam
  3. saya ambil sekali dan sampai sekarang dh 5 bulan still belum bawa kereta :( tlg bagi semangat atau petua atau tips :((

    BalasPadam
  4. la ye ke. sebenarnya saya pon takut masa awal2. cuba bawak dekat2 dulu. dah lama skit baru try jalan besar. lepas tu baru la bawak jauh pulak.

    BalasPadam
  5. ak amik skali dan xlepas =.="
    dh give up dh tnggu tahun dpn bru amik blek kot
    huahuahua XD

    BalasPadam
  6. @Fakhrur serius nak tangguh setahun? tak lama sangat ke tu??

    BalasPadam
  7. masa ambik kelas memandu, itulah kali pertama bawak kereta. sangat takut dan stres sebab kawan2 lain nampknya dah pandai sebab dah biasa testing-testing kat rumah. keluarga saya tidak memiliki kereta jadi kereta memang "alien".

    sekali masa ujian di litar, saya tiba2 jadi konfiden sebab ramai orang gagal termasuklah lelaki (yang saya sangka lebih terer memandu daripada perempuan.

    akhirnya saya lulus, tapi sampai sekarang tak berani bawa manual. hehe.

    BalasPadam
  8. Tanpa Nama19.7.10

    stlh setahun br sy brani bwk keta..
    kereta blakang slalu nk kiss keta sy, keta depan plak jauh xnmpk..
    (paham2x je la) =p

    BalasPadam
  9. @mangosteenskin 'konfiden sebab ramai orang gagal'. haha sangat betul! mula mula takut tapi bila tengok laki yang nampak macho tu pun tak lepas ujian bukit, saya pun dengan 'berani'nya gagalkan semua test. bayangkanlah 3 kali enjin mati. tak tipu.

    @tanpa nama ala biasa lah tu. jangan kiss kereta depan sudah. kereta belakang kiss kita dia yang akan salah kalau report polis. =)

    BalasPadam
  10. saya terrer taw.. kenyit2 ckit kt abg JPJ tue sekali amek test da pass da..hehehe.. ;p

    BalasPadam
  11. kenyit takpe, ada orang hulur duit. tu tak bagus.

    BalasPadam
  12. ambek test 2 kli.
    fobia kt bukit..
    penah xsiden.bukan dlanggar..tapi melanggar sesuatu..ketika reverse..=.=
    dh lame xbwk kete...

    BalasPadam
  13. i love ur drawing...lukis sendiri ke ni...i love ur blog...err...aku suka blog ko...[tutup muka malu2 cat]

    BalasPadam
  14. @Wahida bukit sangat susah!

    @Khalidah terima kasih. lukis sendiri je.

    BalasPadam
  15. lawak2..kihkihkih...2kali test JPJ?haaa..tu la.. suh pegang stereng betul2, dia g pegang benda lain ;p

    21 Tip Bagi Yang Sukar Solat Subuh (Bhgn 1)

    21 Tip Bagi Yang Sukar Solat Subuh (Bhgn 2)

    BalasPadam
  16. Aku ambik test jpj sekali je. Moto keta sekali harung. Moto memang x da hal la, expert. Keta pula, agak ketar masa jpj test sbb hujan masa tu. lebat gila. Apa2 pon, pass gak.

    BalasPadam
  17. hujan..lagi la susah. bukan senang nak pandu sebelah orang yang nak tengok kesalahan kita.haha.

    BalasPadam
  18. Tanpa Nama20.7.10

    tu la pasal. saya ambik lesen lps SPM tp bawak keta selepas 7 tahun.hanya ALLAH shja yg tahu betapa nervousnya bawak keta mase 2. tp skang alhamdullillah blh bawak dh keta.hehe

    BalasPadam
  19. dah setahun da dapat lesen,
    x jugak2 dapat bawak keter
    skrg ni mane pedal minyak ngn brek p0n x taw
    (brek bukan yg kat tepi ke???)

    BalasPadam
  20. @tanpa nama memang sangat nervous masa mula2. lagi lagi kalau sampai simpang empat takde traffic light atau sampai bulatan. haha

    @Ezra alamak nape ramai yang ade lesen tapi tak bawak...sayangnye.....bawak auto la ada dua pedal je kena tekan. satu kaki je pakai. cepat esok try.

    BalasPadam
  21. dl test jpj skali je...siap bwk kete tanpe lesen mase nk g test..mmg slumber giler..

    BalasPadam
  22. kalo dah biasa bawak memang senang. takde hal selalunya.

    BalasPadam
  23. saya baru belajar, tapi nervous gile nih!! minggu ni ada pra test :(
    btw, i like your drawing:)

    BalasPadam
  24. terima kasih. goodluck dengan test tu. baca doa banyak2 dulu.

    BalasPadam
  25. haha
    aku 2x gak
    tp jalan raya skali je
    :D

    BalasPadam
  26. Saya suka blog awak simple dan menarik sekali. Pandai melukis nih anugerah Allah , gunakan sebaiknya, InsyAllah boleh dimanafaatkan.

    BalasPadam
  27. gwa bru je amik lesen kete nie..skrg tgh training 10jam. bg tip skit utk test jpj 6t..hehe

    BalasPadam
  28. laila23.7.10

    haha..same la..sy pon 2x amik test baru lepas..yg 1st fail sbb memandu scr merbahaya..pastu xikut had laju masa kt sekolah..nak bw 30km/j..basikal lagi laju daa

    BalasPadam
  29. yang last sekali tu selalunya dekat highway jer...sebab jalan lurussssss jer.

    BalasPadam
  30. @amytommy hmmm tips eh...anggap macam tengah training session. jangan gabra sangat.

    @laila haha. 30km/j slow sangat tu..

    BalasPadam
  31. @hayati ha ah. tapi patutnye kat highway lagi la kena grip. bahaya...

    BalasPadam
  32. awak..entry awak mmg ada lukis2 ekk? very nice laa.. suke3. hehe.

    BalasPadam
  33. ha ah. terima kasih suka Syeeda. =)

    BalasPadam
  34. husna31.7.10

    best la blog ko fadhli. Nice.. good job!!

    BalasPadam
  35. @husna - terima kasih husna. teruskan membaca ok! =)

    BalasPadam
  36. Tanpa Nama15.8.10

    hahahhaah...aku amek skali je,tp nyaris eksiden...naseb baek mke aku nie mke kesian,abg jpj tu pn bg lpas...pdhl sblom tu die sumpah sranah aku n tuduh aku nk bnuh die..hahahahha...naseb2..trime kase kt mak yg bg anugerah mke 10sen nie..

    BalasPadam
  37. @Tanpa Nama - nyaris eksiden leh lepas jugak? ajar la sikit ape tips. nak kene blajar buat muka seposen gak ni! huhu.

    BalasPadam
  38. hak3... no 2 n 4 tu kebiasaannye cara sy drive ^^

    BalasPadam
  39. salam..
    style weh kreativiti anda!

    BalasPadam
  40. Tanpa Nama6.12.10

    mse dlu2 sblum amek lesen,ad gk terpikir,
    knapa stering kete xpsg kt tengah2.ade ke kreta mcm 2.. hmm... rs mcm xcnfdnc je nk drive...
    dh bawak rs ok plak.....

    BalasPadam
  41. sama..yang num dua tu sama...uhuks....
    adeh sampai skg anti-JPJ....heh...

    BalasPadam
  42. Tanpa Nama1.5.11

    hehee..sye plak lulus sekali..w'pun terAngkat tgn awal mse kat parking - sepatutnye kn straight kan dulu tayar, enjin mati kat 3 penjuru..JPJ luluskan gak.
    yg plg kelakar, mse tme ujian kat jln raya, JPJ kat sebelah yg tlg tukarkan gear.. hehe =) apepun, yg penting..be careful while driving..

    BalasPadam
  43. haha! saye pun amek ujian JPJ kali ke2 baru lulus.. tu pun cukup2 makan.. belom sempat nak mula road test... kereta da mati kat bukit 2 kali...

    BalasPadam
  44. hehehe.. MO lesen kereta amik sekali je lulus tapi moto kena amik dua kali sebab failed jalan raya, dikatakan bawak moto tengah2 jalan raya, ye lah jalan tu kan kecik je mana nak espect kata kena andaikan bawak moto atas jalan raya.. hihi... semua tu kenangan

    BalasPadam
  45. esok dah kena test JPJ. takutnyer T.T
    harap Allah permudahkan segala urusan :x

    BalasPadam
  46. esok dah kena test JPJ. takutnyer T.T
    harap Allah permudahkan segala urusan :x

    BalasPadam