18.6.10

Rahsia Pesanan Ayah


Ayah aku selalu berpesan, kita mesti kejar kekayaan. Hanya kekayaan yang akan memastikan kita berjaya dan dipandang tinggi dalam masyarakat. Hanya kekayaan yang akan memastikan kita tidak dipermainkan dan ditipu orang lain.

Ayah aku selalu berpesan, jangan sesekali berhenti mengejar kekayaan. Biar pun kita gagal di tengah jalan, bangun semula dan jangan cepat mengalah. Asalkan cita cita menjadi kaya itu masih tersemat dalam hati dan kepala kita, kita pasti akan jumpa jalannya.

Ayah aku selalu berpesan, fahamkan dulu erti sebenar kekayaan. Kekayaan yang sebenar adalah kekayaan ilmu dan akal fikiran. Kekayaan yang sebenar adalah ketenangan dan kegembiraan. Kekayaan yang sebenar adalah rasa hormat, rendah diri, dan keinginan untuk belajar dari kesilapan.

Jadi di mana letaknya duit? Duit adalah tanggungjawab, bukannya kekayaan.