17.6.10

Besar 2 Ringgit, Kecik 5 Posen.


Ejoy: Kau tau apa yang paling aku rindu giler babis pasal Malaysia? 
Aku: Tak nak tau. Nanti aku pun rindu.
Ejoy: Pasar malam.
Aku: ...

..teringat kata kata kawan serumah aku di US dulu semasa kami sedang asyik melayan shisha tak sedap. Aku ingatkan dia rindu suasana harmoni berbilang kaum di Malaysia ke, hening pagi di kampung ke, tapi pasar malam jugak yang disebutnya. Apa speselnya pasar malam di Malaysia agaknya?

Hmm..APAM BALIK! Sebab aku suka apam balik. Yang kecik, bukan yang besar. Yang kecik rangup. Nyam.