6.6.10

Hari Keputusan UPSR


hari terakhir aku di SRK Jalan Peel adalah hari keputusan UPSR keluar. percaya atau tidak, disebabkan terlalu takut untuk tengok keputusan, aku tak pergi sekolah pagi tu. aku hanya duduk di rumah tanpa memahami apa yang aku tunggukan dan takutkan sangat.

dalam pukul 12, kawan kelas aku, faiz telefon rumah aku. dia cakap, "fadhli, kenapa tak datang sekolah? cikgu saharudin (guru kelas) yang suruh aku telefon ni. dia suruh kau datang sekolah sekarang ambil keputusan!". tergamam aku. tanpa berlengah lagi, aku terus pergi sekolah dengan ibu. 

sepanjang perjalan ke sekolah, aku asyik terfikir, cukup ke persediaan aku selama ni? 

aku ingat lagi, musim main kasut roda, aku paksa ayah belikan kasut roda untuk aku, sambil berjanji yang aku mesti dapatkan 5A untuk UPSR nanti.

aku ingat lagi, aku masuk hospital seminggu sebelum peperiksaan UPSR sebab kena demam denggi. 3 hari berehat sambil main brick game, '9999 games in 1!'...dah cukup ke aku belajar selama ni?

sampai saja di luar kelas, cikgu dan kawan kawan aku yang lain semua dah ada. ada yang menangis, ada yang tersenyum, ada yang tak dapat lagi keputusan dan senyap je. biasalah kecut perut. 

aku terus masuk kelas menuju ke cikgu saharudin yang duduk di kerusi guru. tanpa berkata apa apa, dia terus hulurkan tangan, bukan nak bagi sijil tapi nak cubit perut aku sambil berkata,

 "awaklah pelajar terakhir yang kena cubit dengan saya tahun ni fadhli. nah sijil keputusan UPSR awak".

dengan tangan yang menggeletar, aku lihat sijil tu, dan aku dapat..

***

apa keputusannya? nanti aku cerita. hehe.