26.5.10

Masuk pun TV!


pernah sekali kelas aku dipilih untuk rancangan 'Belajar Mengira Dengan Sempoa' untuk TV Pendidikan. Wah, masuk TV tu!

untuk rancangan tu, setiap pelajar ada sempoa kecik atas meja, di depan kelas pula ada sempoa 'gergasi'.

cikgu matematik, Ms. Pang, akan tanya soalan dan pilih seorang pelajar untuk pergi ke depan dan jawab dengan sempoa gergasi tu.

bila ditanya 'siapa mahu cuba?', semua pun angkat tangan (sebenarnya dah rancang dan berlatih sehari sebelum tu..)

sampai giliran aku ke depan, entah macam mana boleh terus hilang segala ilham yang ada dalam kepala aku untuk jawab soalan tu.

nasib baik masuk tv, kalau tak dah lama kena terajang dengan Ms. Pang.

tapi..berita baiknya, seminggu selepas tu, setiap pelajar diberi cek RM100 untuk rancangan tu!

tahukah anda betapa tinggi nilainya RM100 kepada seorang budak yang baru berumur 10 tahun masa tu? nilainya samalah seperti seorang dewasa yang menang loteri sejuta! aku jutawan! jutawan! aku jutawan..

..untuk sejam dua sebelum bapak aku mintak cek tu.

harapan = musnah.

***

korang pernah pakai sempoa? masuk tv?

tok, tok, tok.. (bunyi gerakkan biji sempoa)