1.5.10

Hukuman Paling Menakutkan Waktu Sekolah Rendah Dahulu


aku memang suka berangan dalam kelas...biasalah budak lelaki suka berangan jadi superhero. kadang kadang jadi thundercat, pastu jadi ninja turtle...budak perempuan pulak berangan apa agaknya eh?..

aku ingat lagi cikgu bahasa inggeris aku yang sangat bengis, Mrs. Chelvan. Mrs. Chelvan ni ada satu pantang, dalam kelas dia, kalau kita tulis satu ayat dan lupa nak letak 'titik' di hujung ayat itu, dia ada satu hukuman yang sangat unik untuk budak budak yang suka berangan dan pelupa ni..apa dia?

dia akan ambil pen merah dan lukis satu 'titik' yang amat besar di hidung si pesalah dan kita tak boleh padam selagi waktu sekolah tak habis!

dalam banyak banyak hukuman, aku rasa hukuman ni lah yang paling unik dan lebih perit dari kena tarik telinga. tapi..fikir fikir balik, selalunya cikgu yang bagus akan tinggalkan kesan dan kenangan yang kita takkan lupa sampailah ke tua. Mrs. Chelvan akan terus ada dalam senarai cikgu cikgu terbaik yang pernah aku ada. jadi kawan kawan, jangan lupa letak 'titik' lepas buat satu satu ayat ok! nak kena titik?

p.s: cikgu matematik, Ms. Pang pula akan rotan tangan 50 kali kalau lupa buat kerja sekolah dia. ya saya, 50 kali..budak budak sekarang macam mana pula ye?

...apa apa pun, suria baja hitam tetap heroku sampai sekarang! yosshh!


klik untuk video (youtube):