31.5.10

'Clown' Kelas


tugas seorang ketua kelas memang berat (lah sangat):-

1. menyediakan jadual bertugas:
aku suka buat jadual bertugas. bukan sebab suka nak bagi tugas kat kawan kawan, tapi suka lukis gambar penyapu, tingkap, dan meja kat jadual tu.

2. memastikan barisan yang lurus ketika perhimpunan:
barisan yang lurus memastikan kelancaran dan meningkatkan produktiviti kelas (ye ke...) 

3. tulis nama pelajar yang bising:
'2X' bermaksud pelajar yang bising itu telah ditulis namanya tetapi masih meneruskan kesalahannya, walaupun telah diberi amaran keras.

aku rasa aku dipilih jadi ketua kelas bukan sebab aku ada ciri kepimpinan tapi sebab aku ni 'clown' kelas tu. 

***

Mr.X: err..'clown' kelas tu apa bro?

Aku: oh senang je. contoh 'clown' kelas ni, bila cikgu tanya soalan, kau bukan nak jawab betul betul, tapi nak melawak je. alaaa senang cerita kau suka buat kawan kawan happy la..

Mr.X: eh habis tu diorang happy ke kau tulis nama diorang sebab bising dalam kelas?

Aku: err..err..eh sakit perut la nak gi tandas. bye.