24.4.10

Hari Pertama!


Aku ingat lagi tahun 1993, sehari sebelum masuk sekolah rendah. Kasut baru, stokin baru, baju baru, seluar baru, semua pun baru. Lencana sekolah pun dah pasang cantik punya..

Hmm...Masa hari pertama naik bas sekolah, tiba tiba ramai yang gelak kat aku...Aku pun hairan jugak, aku salah naik bas ke? aku terlupa bagi salam ke? Dah lama sikit lepas tu baru aku perasan...Rupanya...
Mak aku dah pasang lencana sekolah terbalik daaa...Sejenak aku terdengar suara seorang makcik berkata kat anak dia, 'jangan pandang pandang lagi nanti nangis dia kang'...

Memang makcik, saya sudah menangis...di dalam hati.