26.4.10

Wah, Permainan Pemadam yang Sempurna!


Siapa yang tak pernah main pemadam masa sekolah rendah? Namun, tak semua boleh berjaya dalam permainan ini jika tidak mengamalkan perkara di bawah:-

1. Pemilihan Pemadam yang Tepat:
Negara Brazil, Argentina, dan Perancis adalah antara pilihan yang tepat dan meyakinkan. Jauhkan dari memilih negara seperti Chile atau Trinidad & Tobago.

2. Keyakinan Diri:
Tanpa keyakinan diri, 70% kebarangkalian untuk anda menang akan terhapus. Maka yakin dengan permainan dan jari anda.

3. Kekuatan Telinga:
Kadangkala permainan yang sempurna masih diakhiri dengan piatan telinga yang memeritkan. Maka luangkan 15 minit sehari untuk senaman telinga di rumah. Selamat mencuba!

p/s: pemadam yang bersaiz gajah tidak menjanjikan anda kemenangan.


kepada semua pemain pemadam, anda semua adalah pemenang!